Thursday, 8 December 2011

My Early Days Part 2

Okay, kita sambung lagi tentang Hazim masa kecik-kecik. Tu la, Mummy & Daddy busy sangat sampai takde masa nak create blog untuk Hazim. SO, kita kena rewind jauh ni!
Haa.a.dulu, Haizm terkneal dengan rambut pacak! Halus lembut tapi tegak2 takmo turun!! Sikat leper pun, nanti dia tegak balik! Kenan Abg Lam ngan Abg Iman kot. Tapi sekarang tak lagi. Ha..perhatikan baju HAzim tu, sapa-sapa yang pernah jenguk blog Abg HAriz mesti pernah ternampak baju ni. Yes! Ni  pun baju recycle! Bijak Mummy Daddy ye! Jimat-jimat...

Haaa...Ni rasanya my first outing ever! Ke Alamanda, dekat je dari umah. Ini la rupanya Alamanda ye? Dah selalu pergi sini masa dalam perut mummy! Hazim temankan Abg Ayis makan Burger King. Hazim tengok je la, mummy kata, Hazim belum boleh makan lagi. Ye la....
Hazim dan abg Ayis demam. Kalau tengok dekat-dekat akan nampak rashes kat muka Hazim. Tarikh hari ni ialah 20/3/2011. 3 hari selepas Atuk Hazim meninggal dunia. Demam sedih agaknya. Hazim cuma sempat 3 bulan je bersama atuk. 

Monday, 5 December 2011

My early Days Part 1

Hazim nak tulis tentang Hazim masa kecil-kecil dulu. Mummy kata kena tulis so that besar nanti Hazim boleh tengok balik. Kita guna gambar untuk ceritakan kisah Hazim,ok?

Ini hari ke2: Hazim masih di hospital Serdang. Hazim okay, tapi Dr nak monitor mummy. so. kami kena stay di hospitalselama 5 hari. Tiap hari Daddy datang. Ada juga visitors yang datang lawat Hazim. Semua tak sabar-sabar nak jumpa Hazim!
Ini Hazim @ 6 days. Kira baru lepas keluar ward sebab jaundice. Kira Hazim happy sangat la ni sebab tak payah lagi nak tonggeng-tonggeng tutup mata untuk phototherapy tu.
Hazim @ Abg Ayis Birthday Party. Hazim tak tau apa-apapun. Mummy dok sua-sua Hazim ambil gambar sama-sama abang! Layan kan aje la....
Haa! Ni HAzim dengan Daddy! Ini masa Hazim umur 2 bulan kot. Tengok la Hazim dah makin tembam bam bam...Lahir kecik to'et je. Semua cakap, halusnya Hazim. Sekarang Abg Ayis panggil HAzim, Montel MElonok! Kak Long panggil Si DOmok!!!
Sepeti Abg Hariz dulu-dulu, Hazim pun kecik-kecik mummy sudah ikat dalam car seat. Ini car seat abg Ayis, kira recycle ke mummy? Jadi la, jangan membazir, kata Mummy.

Tuesday, 11 October 2011

Hello, Hello...

11 Oktober 2011

Masa Hazim main dengan mummy, tiba2 hazim buat gaya jawab telefon. Hazim cakap..e, e....Hazim pandai jawab telefon laa!!
Mummy: Hello, hello Hazim
Hazim: letak tangan kat telinga & cakap...er..er..

Pandai kan Hazim????

Thursday, 29 September 2011

i'm home

8 December 2011

I am finally home! Selepas Mummy merayu-rayu pada Dr supaya benarkan Hazim dan Mummy balik rumah, akhirnya Dr kata,OK!! Bestnya dapat balik rumah! Yeyeah!!!

Jaundice

9 December 2011

Hazim baru je pulang sehari ke rumah. Tup-tup nurse datang melawat tengok Haizm dan kata 'macam kuning je ni'...sambil picit-picit kulit Hazim. Mummy pun panic! Nurse kata, pergi klinik check berapa tinggi kuning ni. Kalau tinggi may be kena warded.

So, Daddy dan mummy bawa Hazim ke Az Zahrah, sebab malas nak ke klinik Dengkil. Sampai sana, Dr kata kuning Hazim tinggi! Kena warded! Disebabkan Mummy dah panic, terus aje mummy tak fikir panjang untuk warded di Az Zahrah (sepatutnya gi klinik gomen pulak sebab sebnarnya tak tinggi pun sampai kena warded kalau gi klinik gomen)

So, malam tu Hazim pun tertonggeng le macam dalam gambar ni. Mummy duduk dalam wad, tunggu Hazim. Bila Hazim lapar, nurse akan panggil Mummy suruh bagi susu. Mummy doa banyak-banyak supaya Hazim cepat-cepat sembuh. Hazim kena minum susu mummy banyak-banyak untuk wash out semua kuning keluar dari body Hazim. Tiap 2 jam, Mummy akan try susukan Hazim.

 


Pagi esoknya, Dr Nazim kata, kunign Hazim dah turun sikit. Sikit je, tapi dah boleh discharge. CUma kena datang klinik untuk check darah. Hampir 2 minggu juga Hazim berulang alik ke klinik Dengkil (kali ni Mummy bawa ke sana sebab Mummy tak mau warded!). 

Macam-macam Mummy dan daddy buat untuk bagi kuning Hazim turun. Ada orang kata, jangan pakai cadar, bantal kuning la, dapatkan cahaya matahari pagi. semua tu mummy buat. tapi, jangan la jemur tengah panas, nanti terdedah uv light pulak. dalam rumah pun cukup la. Ada yang kata beli ubat herba di kedai sensei cina. Mummy beli!!! Habis kuning air tu bila kena dedaun herba tu! Hazim mandi air tu la! hahaha!!! Ni gambarnya..KUNING kan???

Alhamdulillah akhirnya Hazim sembuh sepenuhnya dari kuning. Syukur...

Thursday, 22 September 2011

Hazim met Hariz

7 December 2010

Hari kedua Hazim di hospital Serdang. Masih tak boleh pulang ke rumah sebab doktor nak monitor kesihatan mummy. Hari ini public holiday, Maal Hijrah.Hari ini kanak-kanak dibenarkan masuk melawat. Jadi, Hazim ada pelawat istimewa hari ini. Tak lain tak bukan, tentulah Abang Hariz!!

Ini rupanya Abang Hariz ye? Orang yang selalu Hazim dengar jerit-jerit pagi-pagi. Abang Hariz takut-takut nak pegang Hazim. Abang Hariz rasa pelik tengok Hazim.

Ala Bang, Hazim memang kecil la, memang la kulit Hazim merah,ada menggelupas sikit. Kan Hazim baru keluar dari tummy Mummy. Hazim tau, Abg Ayis excited nak jumpa Hazim kan? Sebab Abg selalu pelik tengok perut Mummy gerak-gerak!

Ta Da!! Here I come Abang Ayis!! We will definitely  have lots of Fun and Rock the World!!!!

Tuesday, 20 September 2011

Hello World!

Hazim is here! My first entry in my own blog. Woww!!!

It's a little too late for me to start my own blog. Compared to my Big Bro, Abg Ayis, he started blogging when he was 3 months old. Blame Mummy and daddy for the delay!!  Oh,well, it's okay, I dont mind. At least I have plenty of time to play more, sleep more, cry more, and many many more!!!

Memperkenalkan....HAZIM!!! Ini Hazim 2 jam selepas keluar dari perut Mummy. Hazim kecik je, 2.67 kg. Tengok rambut Hazim, lebat kan?  Semua orang datang jumpa Hazim cakap benda yang sama.  Ramai juga yang cakap, muka Hazim sama macam muka Abang Hariz masa dia baby. Ye ke?? Hazim rasa Hazim lagi hensem!! Hahaha! Jangan marah Abg Ayis!!

Okaylah, cukup la untuk 1st entry ni. Babai!!